Kedai buku Pustaka Munirah di Kemaman, Terengganu.

Ini kedai buku dan alat tulis Pustaka Munirah (Prima MS Enterprise) di Kemaman, Terengganu. Saya sebagai pemilik dan pengurus kedai buku ini mengharap sokongan penduduk sekitar Kemaman termasuk syarikat-syarikat milik Muslim dan jabatan-jabatan kerajaaan.

Khidmat yang ditawarkan adalah seperti berikut:

a) Jualan buku agama, motivasi, novel, buku kanak-kanak dan pelbagai jenis lagi. Pembekal buku utama kami ialah Alaf 21 Sdn Bhd, PTS, Fajar, ArRisalah(AlHidayah), Edukids dan beberapa pembekal yang lain.

b) Jualan alat tulis dan keperluan pejabat. Belian secara LO untuk jabatan kerajaan diterima. Tempahan secara pukal (kerta, file dsb) juga diterima dengan harga borong.
c) Khidmat sewa novel dan buku motivasi. Hanya RM 2 untuk sebuah buku/novel.

d) Khidmat percetakan, photostat, binding, laminating dsb.

Sila ke kedai Pustaka Munirah jika anda ada di kawasan Kemaman dan sekitarnya.

cimg3685-crop.jpg


%d bloggers like this: