Hadis: Sikap reda elak manusia putus asa

DARIPADA Abu Said al-Khudri, katanya, bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah berfirman kepada ahli syurga, wahai ahli syurga. Selepas mendengarkan seruan itu lalu mereka pun menjawab: Kami sentiasa menyahut seruanMu wahai tuhan kami dan kami sentiasa memuliakan-Mu. Segala kebaikan tetap dalam kekuasaan-Mu.


“Lalu Allah berfirman lagi: Adakah kamu berpuas hati dengan balasan nikmat syurga yang ada ini. Mereka menjawab: Mengapa tidak wahai Tuhan kami kerana sesungguhnya engkau mengurniakan kami dengan segala pemberian yang tidak pernah diberikan kepada mana-mana makhluk yang diciptakan.

“Lalu Allah berfirman: Mahukah kamu berikan yang lebih baik daripada itu? Bagi menjawab pertanyaan itu, mereka pula bertanya: Apakah yang lebih baik daripada itu?

“Allah berfirman: Aku limpahkan kepada kamu keredaanKu. Maka Aku tidak murka kepada kamu sesudah itu selama-lamanya.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, at-Tarimizi dan Imam Ahmad).

Daripada hadis qudsi ini dijelaskan bahawa keredaan Allah itu adalah suatu nikmat berharga yang bakal dikurniakan kepada orang Mukmin yang patuh kepada segala ajaran-Nya, terutama melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangan-Nya.

Justeru, untuk mendapat keredaan ini, seseorang itu perlulah beriman dan yakin dengan segala ketetapan atau qada dan qadar Allah ketika hidup di dunia.

Bagaimanapun, meyakini ketentuan Ilahi ini tidaklah bermaksud seseorang itu sengaja membiarkan dirinya berada dalam kebinasaan, sebaliknya sentiasa bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu kebaikan dan amalan.

Selepas itu, berserah atau bertawakal kepada Allah kerana padanya hanya Allah yang akan menentukan segala-galanya. Sedangkan, golongan yang menyerah sesuatu perkara itu kepada Allah adalah mereka yang membelakangi akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Golongan bersikap sedemikian adalah golongan Qadariah.

Bagi golongan Jabariah pula, mereka menganggap sesuatu yang berlaku berpunca daripada kehendak manusia semata-mata, tanpa ada campur tangan daripada kekuasaan Allah.

Namun, bagi mukmin dan muttaqin, mereka perlulah yakin bahawa manusia diberikan akal fikiran dan usaha, tetapi segala usahanya tertakluk kepada ketentuan Ilahi.

Sikap reda turut melahirkan mukmin berfikiran positif dan sentiasa proaktif dalam setiap tindakan.

Dia tidak akan sesekali bersikap berputus asas atau kecewa, apatah lagi membiarkan diri dalam kebinasaan.

Bertepatan hal ini, Rasulullah bersabda bermaksud: “Dan janganlah kamu sesekali berputus asas dengan rahmat Allah.”

1413846511_15c6846a1d1.jpg


%d bloggers like this: