Perkenankanlah doaku Ya Allah…

2335042850_fcab7b01dc1.jpg

Ketika menghantar dua orang anak lelaki saya ke sekolah pagi tadi, MP3 kereta saya sedang mengalunkan zikir munajat. Syabil, 8 tahun, bertanyakan saya, “… apa maksud istajib doa ana ya Allah.. tu ayah?”.

“Maknanya perkenankanlah doa saya Ya Allah… Kalau kita berdoa kepada Tuhan, kena sebutlah macam tu dekat akhir doa..”, terang saya.

“Kenapa kena sebut ayah?. Wajib ke?”, si abang, Syahmi, 9 tahun bertanya.

” Tak wajib, tapi Allah akan lebih sayang. Katakanlah abang nak minta duit dari ayah. Jika abang kata…ayah, nak duit… berbanding dengan kata…ayah, nak duit.Perkenankanlah permintaan saya ayah….agak-agaknya, yang mana ayah akan beri…”, tanya saya.

Syahmi menjawab, “…yang ada perkenankanlah…”.

“Bagus, dah faham sekarang…”, kata saya, sambil melihat kedua-kedua mereka tersengih.

Pesanan untuk diri saya sendiri:

Kita selalu berdoa, tetapi seringkali doa itu tidak dihayati dengan sepenuhnya, macam burung kakak tua. Kadang kala selepas menyapu tangan ke muka, tertanya-tanya pada diri sendiri selepas itu, “Apa yang aku doakan tadi?”.

Astaghfirullah…


%d bloggers like this: