Blog Universiti Terbuka PTS

Jika anda berminat dengan dunia buku dan penerbitan, anda digalakkan membaca blog Universiti Terbuka PTS di http://www.universitipts.com/

Banyak ilmu yang boleh ditimba dari sana.

Antaranya adalah entri di bawah yang di ‘copy & paste’ (TANPA KEBENARAN). Ehem! Nama kedai buku milik saya Pustaka Munirah di sebutkan juga dalam salah satu perenggannya…

Tip Survival Penerbit: Kedai Buku dan Standing-order

Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS sentiasa berusaha supaya jumlah agen yang mempunyai ‘standing order‘ dinaikkan dari masa ke masa. Ini sangat penting bagi prestasi jualan. Semakin banyak standing-order, semakin tinggi jualan setiap bulan.

Idealnya, 50% peratus jumlah buku yang dicetak sudah habis dibekalkan kepada kedai-kedai yang mempunyai standing-order.

Bagi kedai-kedai yang mempunyai standing-order, baik apa juga buku yang diterbitkan oleh PTS, maka buku-buku itu akan terus dihantarkan ke kedai itu tanpa menunggu kedai itu membuat pesanan dahulu. Ini bermakna kepercayaan PTS kepada kedai-kedai buku itu amat tinggi.

Kedai buku PUSTAKA MUNIRAH di Taman Cukai Utama, Kemaman, Terengganu adalah contoh kedai buku yang mempunyai standing-order dengan PTS.

Bukan semua kedai buku yang menjadi agen PTS mempunyai standing-order dengan PTS.

Bukan mudah bagi penerbit hendak menawarkan standing-order kepada kedai buku kerana ia melibatkan risiko kedai tidak membayar hutang buku-buku yang sudah dihantar.

Bagi sesetengah kedai, walaupun mereka mempunyai standing-order, PTS tidak automatik menghantar semua judul yang diterbitkan.

Pegawai jualan dan khidmat pelanggan PTS yang menjaga akaun kedai-kedai itu memonitor jenis-jenis judul yang laku di kedai-kedai itu. Ini dapat dilakukan dengan mengkaji persekitaran demografi penduduk di kawasan kedai tersebut. Hanya judul-judul yang laku di kawasan itu sahaja yang dibekalkan.

Kawalan seperti itu penting dilakukan sebab jika semua judul dihantar, jika ada buku-buku yang tidak laku, PTS menanggung kos penghantaran dan pemulangannya (buku return). Sudahlah buku tidak laku, kita rugi kos shipment lagi! Itu belum diambil kira kos kerugian akibat buku-buku itu rosak dan comot kerana dipamerkan lama di dalam kedai.

——————————————-
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


%d bloggers like this: